Assalamualaikum

18 01 2011

        Assalamualaikum kepada semua, setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskinikan kerana ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan kini blog ini akan dikemaskini semula. InsyaAllah pada tahun ini akan dipamerkan dengan artikel-artikel supaya dapat beri pengetahuan am kepada pembaca-pembaca blog ini.  Kepada yang menyambut Thaipusam pada hari Khamis ini saya mengucapkan selamat menyambut hari Thaipusam.

sekian….





Silat Warisan Bangsa

30 01 2010

1. Bila kita menyebut tentang silat, di nusantara mempunyai 1001 jenis silat, sebagai contoh silat Cekak Malaysia, silat Pulut, silat Harimau Berantai dan juga berbagai lagi nama yang kadangkala tidak pernah kita dengar.

2. Pada pendapat saya, apa pun silat yang dipelajari ini adalah sama dari segi tapak dan buahnya. Apa yang membezakan ilmu ini ialah dari segi pengamalnya dan amalan yang dibawa oleh seni silat itu sendiri.

3. Seni mempertahankan diri ini juga sering kali dikaitkan dengan amalan atau ayat-ayat yang dipetik melalui al-Quran. Jadi tidak hairanlah jika ada pengamal seni bela diri dari Jepun mahupun China ataupun Thailand tewas dengan seni bela diri nusantara ini.

4. Kekuatan silat ini bergantung kepantasan menepis serangan, kesabaran dalam menghadapi musuh, dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Dari itu, maka pengamal insyaAllah akan dapat mengalahkan musuh dengan mudah.

5. Saya agak terkilan kerana, ada dikalangan sahabat saya yang ingin mempelajari seni ini bukan bertujuan untuk mempertahankan diri sahaja bahkan untuk menyerang menusia dengan sesuka hati.

6. Jika dulu setiap rumah pasti ada lelaki ataupun perempuan yang mempelajari silat, tetapi kini zaman alaf baru ini amat kurang yang berminat untuk mewariskan kebudayaan bangsa, tambah-tambah pula sekarang ini kita mempunyai alatan canggih seperti pistol, M16, mesin gun dan juga berbagai lagi yang digunakan untuk mempertahankan diri dan negara.

7. Apa yang saya lihat sekarang ini, kalau di kolej atau universiti Islam kebanyakkannya kearah negara timur tengah manakala yang biasa kebanyakan kearah barat.  Tetapi alhamdulillah, kebanyakkan IPT sekarang ini telah muncul dan mengadakan semula seni warisan ini.

8. Saya berharap agar seni warisan in tidak ditelan zaman dan mampu bersaing dengan seni budaya lain yang ada didunia ini. Selain itu, kita semua harus mengambil peluang ini untuk mengekalkan warisan bangsa yang ditinggalkan oleh orang-orang sebelum kita.

sekian…..





Cinta…..

30 01 2010

1. Apabila kita menyebut perkataan cinta, acap kali kita sering kaitkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Tetapi jangan salah sangka, cinta ini banyak maksudnya yang tersirat.

2. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, cinta ini bermaksud sayang dan kasih kepada sesuatu, sebagai contoh cinta akan negara, tuhan, ibu bapa, dan sebagainya.

3. Sebagai seorang yang beragama Islam kita wajib cinta akan ALLAH dan Rasulnya, supaya kita tidak akan tersesat didalam perjalanan yang kian berliku. Berzikir dan berselawat menunjukkan kita ini cinta akan ALLAH dan rasulnya.

4. Cinta kepada ibu dan bapa merupakan cinta yang perlu ada kepada dalam diri setiap insan kerana jika kita cinta akan mereka umpama setapak ke syurga, begitu jualah dengan wanita atau isteri, cintailah dan taatlah kepada suami selagi sisuami tidak melanggar ajaran agama yang satu.

6. Kepada pasangan yang sedang bercinta, jangan lupa akan batasan agama supaya kita ini biarlah bercinta sekali dengan tuhan yang satu dan rasul yang membawa syafa’at di akhirat nanti. Perasaan cinta kepada lelaki atau perempuan merupakan lumrah alam yang kita tidak boleh dinafikan. Kalau hendak bercinta, biarlah berpengang kepada batasan agama yang tetapkan agar tidak terlanjur dilembah yang hina.

7. Cinta akan makhluk dan alam merupakan cinta kepada anugerah ALLAH yang maha besar,kerana Dia lah yang menciptakan segala-galanya di sini. Kerana sesungguhnya DIA lah cinta yang hakiki.

sekian…..





Terima Kasih

21 01 2010

1. Terima kasih saya ucapkan kepada KSSCM KISDAR, kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui kepimpinan pada sesi penggal 2010/2011.

2. Saya juga amat berbesar hati kerana para lujnah dibawah saya, yang saya lihat merupakan yang terbaik dan saya fikir dapat memberi kerjasama yang cemerlang kepada saya. Walaupun begitu, saya juga berasa sedih kerana adik kami iaitu kelas KISDAR 2 amat suram keadaannya.

3. InsyaAllah, dengan barisan kepimpinan yang baru ini, saya akan cuba membawa satu arus perubahan kepada kelab ini, supaya kelab ini maju ke hadapan dan cuba untuk menarik kembali rakan seperjuangan yang gugur ditengah jalan, supaya bersama semula dalam perjuangan ini.

4. Sya harap agar Kelab ini memberi kerjasama yang erat antara satu sama lain supaya kelab ini tidak tenggelam seperti kelab-kelab yang ada disekeliling.

sekian….





MPP KISDAR

15 01 2010

1. Saya agak terkilan dengan segelintir exco MPP pada masa 2009/2010, kerana tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan oleh mereka dalam membela hak pelajar.

2. saya sering tertanya-tanya apakah Majlis Perwakilan Pelajar hanya dutubuhkan untuk membuat program semata-mata, ataupun hanya sekadar seperti lembu dicucuk hidung yang boleh ditarik kemana-mana sahaja mengikut kepala pentadbiran yang sememangnya kurang perihatin terhadap kemudahan yang diperlukan oleh perlajar.

3. Apa yang saya dapat lihat, MPP pada kali ini hanya mampu membuat perubahan pada program sahaja, dimana banyak program yang khusus untuk pelajar dilaksanakan. Kebajikan hak dan keperluan pelajar di asrama dalam mahupun luar amat terlalu diabaikan.

4. Isu-isu lama seperti kad balik dan isu keluar malam ini seharusnya dapat diselesaikan dengan mudah oleh badan ini, tetapi malangnya apa yang saya lihat kes-kes seperti ini hanya dibiarkan begitu sahaja.

5. Saya melihat keadaan MPP ini semakin lumpuh dan tidak mampu untuk bertahan lagi kerana kemampuan badan ini boleh dipertikaikan kerana tiada sesuatu pemangkin yang mampu untuk menjadikan badan ini sebuah badan yang kebal pengaruhnya.

6. Saya berpendapat, bahawa perkara ini terjadi disebabkan pemimpin MPP sebelum ini yang lurus bendul seperti batang tiang yang bakal akan jatuh bila-bila masa.

7. Walau apa pun, saya tetap akan berterima kasih kepada barisan exco yang baru sahaja dibubarkan pada 13 Januari 2010 yang lalu kerana boleh juga menampakkan kemampuan untuk berdiri teguh walaupun ada terdapat exco-exco yang agak carca marba.

8. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang barisan exco-exco MPP 2010/2011 semoga anda semua bijak dalam memperjuangkan hak pelajar KISDAR supaya tidak ditindas oleh segelintir pihak yang gila dunia.

sekian, wasalam…..





Sahabat

2 01 2010

Sahabat, apa erti sahabat…

kenapa kita perlu seorang sahabat, adakah kita perlukan mereka dikala kita susah sahaja.?

Atau pun sahabat itu muncul pada waktu kita senang….?

Dan mungkin ianya muncul pada waktu kedua-duanya sekali…

Adakah pada anda sahabat ini seperti habis madu sepah dibuang, dimana sahabat hanya perlu dikala kita susah dan tidak perlu apabila kita senang..?

Adakah sahabat anda pernah menolong anda dikala anda susah ataupun senang..?

kalau ya… anda seharusnya menghargainya sebagai sahabat…

kalau tidak…. maka tinggallah ia kerana ia akan hanya menumpang anda dikala senang sahaja….

fikir-fikirkan lah wahai saudara/saudari





New Year

1 01 2010

Alhamdulillah… tahun baru masuk pada hari Jumaat, merupakan penghulu segala hari. Selain itu, hari Jumaat juga penuh dengan barakah kerana pada hari ini juga seluruh alam ini diciptakan, nabi Adam juga diciptakan pada hari ini, kiamat pun akan terjadi pada hari Jumaat.

Hari Jumaat diciptakan untuk umat Islam bekumpul dimasjid sebagai tanda ukhwah yang berkekalan disamping dikenali sebagai hari raya sementara.

Pada pandangan saya tahun ini merupakan tahun baik kerana ia jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu, marilah kita memohon kepada Ilahi supaya tahun 2010 ini menjadi tahun yang baik dan memberi rahmat kepada kita semuanya khusus kepada umat Islam seluruhnya.

sekian…..





RENUNGILAH BERSAMA

31 12 2009

Lelaki atau Perempuan sama sahaja, yang membezakan mereka adalah kekuatan, fizikal, mental dan juga cara berfikir. Kalau baik insyaAllah masuk Syurga, Kalau yang sebaliknya nauzubillah harap dijauhi.

Sekarang hidup atas nama Islam, halal haram semua bedal. Masuk youtube, perempuan Islam minum arak dan gaduh kerana berebut pakwe. Yang lelakinya duduk dalam universiti serenti dan ikut pelbagai persatuan yang memudaratkan diri sendiri.

Sekarang kes buang bayi sudah menjadi kebiasaan orang sekarang. Dulu haram sekarang dah normal, bila di tegur dikatakan tak ikut zaman, tak update lah orang kata, tapi itulah zaman sekarang.

Perempuan pakai seluar dan baju ketat sampai mata yang tengok pun rasa sendat. Kalau kena rogol, sendiri taknak mengaku salah, yang kena kaum Adam juga kena sebat. Kes Gay, Lesbian dan Pengkid haram dan ditegah oleh agama, tetapi pemimpin diamkan diri dan hanya berani mengeluarkan fatwa, tapi tetap dibiarkan tanpa pembenterasan yang bersungguh-sungguh, begitu juga dengan rokok macam-macam fatwa keluar tapi hampeh semua tak boleh pakai. Jepun tak payah fatwa, rakyat semua tak hisap rokok, kalau ada pun tak terlalu ramai sehingga kena buat kempen taknak merokok.

 Ustaz dan Ustazah sekarang dah moden susah nak ikut jalan yang lurus semua ikut nafsu dan akal, peraturan Allah di pusing bagi semua pening. Ustazah sisters in Islam diterajui oleh Islam Liberal bukan lagi berpandukan Al-Quran dan Sunah juga Hadis. Apa yang Islam betul semua kena tekan. Yang ok ikut cara ustazah moden yang semestinya ikut cara barat memerintah. Mereka sudah bijak, tidak perlu lagi pada kitab yang ditulis, semuanya berpandukan barat yang pasti sesat.

Orang kata, simpan janggut itu sunnah, memang benar itu adalah sunnah, tetapi mereka ikut tak cara nabi bersihkan dan cara penjagaan janggut. Kalau ikut Alhamdulillah bersih segalanya. Tetapi kalau tidak ikut, simpan janggut pun tak guna kerana tidak bersih, kalau susah sangat nak jaga, cukur hingga bersih nanti senang nak berwudhuk dan berhadas besar, pasti air yang bersih itu rata semua kulit.

Pembangkang kata hari ini kita tukar kerajaan, rakyat terpikat sebab banyak perjanjian, kalau tukar takut tak jalan. Ikut kerajaan yang ada memang bagus sebab banyak pembangunan. tapi sayang seribu kali sayang bangunan yang ada semua tidak berkualiti sebab banyak sangat yang sedang mengandung wang haram.

Kerajaan dulu cemerlang, terbilang dan gemilang, kini banyak yang dah pecah tembelang. Semua ikut kroni masing-masing, semuanya gaduh nak jadi hartawan akhirnya rakyat jadi kemiskinan.

kalau nak diikutkan banyak lagi nak tulis tapi cukuplah sampai disini sebagai renungan untuk kita bersama.

marilah kita sama-sama berfikir dan bertindak supaya  generasi akan datang tidak tergadai maruah, agama, harta, dan negara MALAYSIA yang kita cintai ini.    

sekian…..





Kafe kita yang Kita sayangi………

6 12 2009

Pernahkah anda apabila pergi ke kafe kita yang kita sayangi dan kemudiannya menempah makanan yang mudah seperti nasi goreng  kampung,tetapi terpaksa menanti sebegitu lama untuk makanan itu sampai kepada anda….?

Jika pernah, bagaimanakah perasaan anda, dan apakah pula tindak balas anda?

Opssss…… jangan jawab dulu, biar saya teka!!!!

Mesti anda akan berjumpa dengan abang bob untuk bertanyakan begini….

“ abg nasi yang saya order dah siap ker blum”,

Dan kebiasaannya begini jawapan yang diterima….

“minta maaflah dik tunggu sekejap ye sebab tukang masak sorang  jer,”

Percayakah anda jika saya katakan alasan yang sebegini telah diguna pakai sejak zaman P. Ramlee lagi….

Apakah alasan sebegini masih terus relevan untuk diguna pakai pada zaman yang semakin canggih ini…..

Apakah dibumi Malaysia yang serba makmur ini sudah tiada lagi tukang masak yang professional untuk memasak makanan di kafe kita..? 

Atau apakah sudah tidak ada cara yang tebaik untuk memastikan makanan yang dipesan itu sampai dengan kadar yang lebih segera….?

Apakah kita perlu mengharapkan hanya pada seorang tukang masak yang akan memasak untuk kira-kira 200 orang pelajar atau lebih…? Dan, apakah kita akan memiliki hanya seorang tukang masak sehingga bila-bila….?

Sejujurnya, saya amat bersimpati kepada cik La yang merupakan satu-satunya tukang masak yang masak di kafe kita yang kita sayangi ini….

Apakah ini merupakan satu penginayaan atau satu bentuk pembulian zaman moden..?

Persoalannya sekarang, siapkah yang membuli dan siapakah yang dibuli…? 

Dan siapkah pula yang menjadi mangsanya…?

Renung – renungkanlah………





Korban….korban!!!!!

28 11 2009

Aduhai, semalam raya sakan hari ini, bermulalah semua kampung-kampung dan taman-taman perumahan akan melakukan ibadah korban. Hampir kesemua binatang berkaki 4 akan diqurbankan ( yang herbivor sahaja). Ibadah ini dilakukan sempena hari sejarah, perintah Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s untuk menguji keikhlasan dan ketaatan mereka kepada Allah s.w.t. Setiap kejayaan dan keredhaan yang perlu kita capai perlukan sebuah pengorbanan yang ikhlas dari setiap sanubari masing-masing.