Korban….korban!!!!!

28 11 2009

Aduhai, semalam raya sakan hari ini, bermulalah semua kampung-kampung dan taman-taman perumahan akan melakukan ibadah korban. Hampir kesemua binatang berkaki 4 akan diqurbankan ( yang herbivor sahaja). Ibadah ini dilakukan sempena hari sejarah, perintah Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s untuk menguji keikhlasan dan ketaatan mereka kepada Allah s.w.t. Setiap kejayaan dan keredhaan yang perlu kita capai perlukan sebuah pengorbanan yang ikhlas dari setiap sanubari masing-masing.

Advertisements




Hari Raya Eidul Adha

27 11 2009

Asalamua’alaikum…………..W.B.T

Saban tahun kita menyambut dua hari kebesaran iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha. Dan pada tanggal 27 November 2009 bersamaan 1430 hijrah kita sekali lagi menyambut Eidul Adha. Berpusu-pusu umat Islam yang ingin mengerjakan rukun iman yang kelima di Mekah, yang merupakan kiblat utama Umat Islam seluruhnya. Mana yang dapat mengerjakan haji kira bernasib baik dan bersyukur berbanding dengan mereka yang tidak mengerjakannya. Oleh itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha dan selamat sampai pulang ke tanah air kepada warga yang telah selamat mengerjakan haji.